Sunday, January 23, 2011

hydroplane

cuaca kat utp, tronoh ni secara averagenya mmg panas. lebih hot daripada biasa! lam seminggu tu kadang2 takde hujan. aku takleh imagine camner keadaan kat jelebu, tempat paling kering kat malaysia ni. mungkin penduduk kat situ sumer layan tanam pokok kaktus. mungkin.

cuaca kat tronoh ni aku agak2 macam gunung berapi kra-ka-tau. aku tak sure camner ejaan gunung berapi tu yg sebenarnya tp bunyi lebih2 kurang sama. cincai2 la kata org. gunung berapi ni tak akan meletus utk beratus/berpuluh tahun, tp skali dia meletus, memang tak alang2. kaw2 dia bagi.

sembang pasal gunung berapi ni, aku teringat cikgu geografi aku dulu, cikgu ho. cikgu ho ni sangat awesome sampai dia bleh tulis kat blackboard sambil tgk student. ya, menulis tanpa melihat tanpa salah. awesome bukan? cikgu ho ttp dalam kenangan.

oh aku dah menyimpang jauh. apa2 pun, semalam sedang aku tgh drive kat ipoh, hujan turun kaw2. mengejut lak tu. mungkin sebab tu ramai yg jatuh sakit kat utp ni. nak dipendekkan citer, kat jalan byk la air betakung dan kete aku mengalami hydroplane. bahasa tak cool utk hydroplane = tayar keta meluncur di atas takungan air kat jalan raya dan menyebabkan hilang kawalan.

so next time aku ingat
  • baca doa sebelum mula pejalanan.
  • jangan langgar lopak air. sebelum ni aku mengaku aku agak bodoh kerana menyangka lopak air tu boleh membersih bahagian bawah keta kalo dilanggar. aku tahu korang pun penah follow teori ni. jgn tipu, nanti berdosa.
  • jangan bawa laju2 time hujan. better safe than sorry bebeh.
  • ucap Alhamdulillah sebab dipanjangkan umur n tak eksiden. sikit lagi kot. cuak bai.
ingatlah org tesayang. renung2 kan, selamat beramal

No comments:

Post a Comment